Jumaat, November 24, 2017

PROGRAM KHATAN PERDANA BBT 2017


KARNIVAL SUKAN DAN HARI KELUARGA BBT 2017


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. PPBBT dan KRTBBT akan menganjurkan *Karnival Sukan dan Hari Keluarga BBT 2017* pada : (Sila rujuk poster di bawah untuk maklumat terperinci)

Bermula 
*## Acara Pertama ##*
*25/11/2017 (Sabtu)*
 - 8.30 a.m.
Pertandingan Tenpin Bowling bertempat Di kompleks bowling, MIBC, Ayer Keroh Melaka

*## Acara ke-2 ##*
*02/12/2017 (Sabtu)*
- 7.00 a.m.
Gotong-Royong Perdana BBT 2017 berkumpul di Balai Raya BBT Jamuan pg disediakan  

*##Acara ke-3##*
*03/12/2017 (Ahad)*
 - 8.30 a.m. 
Pertandingan Badminton Bergu bertempat di Dewan Badminton Fleet - Belakang Petronas Tangkak 
-Court Badminton sebelah workshop

*###Hari Kemuncak###*
*9/12/17 - Hari Keluarga BBT 2017*

7.00 a.m.
- Funride Berbasikal 35 km

8.00 a.m.
- Memanah Sunnah

8.45 a.m.
- Sukaneka , kanak-kanak 

- Lepas selesai Acara Fun-ride & memanah sunah
 -Sukaneka dewasa Lelaki & Perempuan 
- Sukaneka berpasangan suami isteri semakin jauh semakin Sayang ..

Semua penduduk BBT yang dihormati & dikasihi dijemput menyertai semua aktiviti yang akan diadakan... Bersama kita memeriahkan program ini dan merebut hadiah serta cabutan bertuah yang disediakan....

*Yok#Jom*
semua abang2, kakak2, adik2 Seksyen 6,seksyen 4 & Seksyen 2 & Bunglo kita memeriahkan & meraikan suasana Familyday  & sukaneka ini Kerana Allah..Sesiapa yg berkelapangan Jom Kita bawa isteri & anak2 kita merapatkan ukhwah Kerana ALLAH...  

*#kalaubukankitasiapalagiyangnakmeraikannya#*






Isnin, Mei 15, 2017

"DI AMBANG RAMADHAN"

PENGISIAN : " TAHLIL PERDANA"
ANJURAN : SURAU AL HANA, BBT

Tarikh : 19 Mei 2017
Hari : Jumaat
Masa : Selepas Maghrib

Tentatif :
>> Solat Maghrib berjamaah <<>> Bacaan Yasin beramai - ramai <<>>Tahlil <<
>> Solat Isyak berjamaah <<>> Jamuan <<>> Gotong royong <<>> Bersurai <<


Semua muslimin dan muslimat kariah BBT dijemput hadir



    Jumaat, Mei 12, 2017

    Pemilihan AJK PPBBT 2017 -2019



    Pada 10 Mei 2017 , bertempat di Balai Raya Pusat Komuniti BBT telah diadakan Mesyuarat Agung kali  ke - 2 bagi memilih barisan AJK yang baharu untuk penggal yang kedua. Apa yang mengembirakan pada kali ini ialah lokasi mesyuarat telah siap dibina hasil usaha persatuan penduduk yang telah mengajukan permohonan kepada pihak kerajaan pusat melalui Datuk Ir. Hj. Hamim Samuri (Ahli Parlimen Ledang). Alhamdulillah, kini hasilnya telah dapat dinikmati oleh kita semua.

    Pada kali ini, majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Jamilia Bt Hj. Jalal (Ahli Majlis Daerah Tangkak). Kehadiran penduduk pula dilihat pada tahap sederhana dan meliputi warga dari seksyen 2,4 dan 6. Program yang bermula dari jam 8.00 malam itu berakhir pada jam 11.30 malam. Selain dari pemilihan AJK, turut diadakan cabutan bertuah serta jamuan ringan untuk semua penduduk yang hadir.







    Tahniah kepada yang terpilih. Semoga kepimpinan yang baru akan dapat membawa lebih banyak perubahan dan menjadikan Bandar Baru Tangkak sebagai salah satu taman yang progresif dan dinamik untuk kesejahteraan penduduknya.Terima kasih kepada semua AJK terdahulu yang telah menyumbang bakti sehingga tertubuhnya persatuan ini pada peringkat awal. "Tiada yang baru tanpa yang lama". "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat". "Bersatu teguh, bercerai kita roboh". Semoga BBT terus sukses dalam menempuh tahun yang bakal mendatang. Insyaa Allah.

    Jumaat, Disember 02, 2016

    Program Khatan Perdana BBT

    Tarikh : 2 Disember 2016
    Lokasi : Seksyen 2, Bandar Baru Tangkak
    Masa : 7.00 Pagi
    Penyertaan : Anak- Anak Penduduk Bandar Baru Tangkak













    Sambutan Maulidur Rasul BBT 1439H