Jumaat, Mei 12, 2017

Pemilihan AJK PPBBT 2017 -2019



Pada 10 Mei 2017 , bertempat di Balai Raya Pusat Komuniti BBT telah diadakan Mesyuarat Agung kali  ke - 2 bagi memilih barisan AJK yang baharu untuk penggal yang kedua. Apa yang mengembirakan pada kali ini ialah lokasi mesyuarat telah siap dibina hasil usaha persatuan penduduk yang telah mengajukan permohonan kepada pihak kerajaan pusat melalui Datuk Ir. Hj. Hamim Samuri (Ahli Parlimen Ledang). Alhamdulillah, kini hasilnya telah dapat dinikmati oleh kita semua.

Pada kali ini, majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Jamilia Bt Hj. Jalal (Ahli Majlis Daerah Tangkak). Kehadiran penduduk pula dilihat pada tahap sederhana dan meliputi warga dari seksyen 2,4 dan 6. Program yang bermula dari jam 8.00 malam itu berakhir pada jam 11.30 malam. Selain dari pemilihan AJK, turut diadakan cabutan bertuah serta jamuan ringan untuk semua penduduk yang hadir.







Tahniah kepada yang terpilih. Semoga kepimpinan yang baru akan dapat membawa lebih banyak perubahan dan menjadikan Bandar Baru Tangkak sebagai salah satu taman yang progresif dan dinamik untuk kesejahteraan penduduknya.Terima kasih kepada semua AJK terdahulu yang telah menyumbang bakti sehingga tertubuhnya persatuan ini pada peringkat awal. "Tiada yang baru tanpa yang lama". "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat". "Bersatu teguh, bercerai kita roboh". Semoga BBT terus sukses dalam menempuh tahun yang bakal mendatang. Insyaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Maulidur Rasul BBT 1439H