Rabu, Oktober 29, 2014

Surau Al -Hana , Bandar Baru Tangkak

28 Oktober 2014

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, dipanjatkan segala rasa syukur di atas izin serta rahmatNya yang tidak terhingga.Setelah bertahun-tahun menanti dengan penuh sabar dan segala usaha digerakkan bagi merealisasikan pembinaan surau kekal di taman ini, akhirnya segala penat lelah telah dimakbulkan oleh Allah dengan terbinanya sebuah surau yang indah dan moden rekabentuknya. Surau yang boleh menempatkan dalam lingkungan 100 jemaah pada satu-satu masa dilengkapi sistem pembesar suara,pencahayaan yang indah, kipas serta penghawa dingin bagi menjamin keselesaan ahli kariah untuk beribadah.




Kos pembinaan surau ini  sahaja dianggarkan berjumlah RM 350,000 tidak termasuk kerja-kerja tambahan.Dana utama dibiayai oleh KELUARGA PENDERMA WAKAF HJ. DAUD .Maklumat lanjut akan sampaikan kemudian memandangkan penderma ini tidak mahu terlalu diberi publisiti tentang sumbangan yang telah diberikan. Selain dari itu, terdapat juga dermawan dalam kalangan warga BBT yang telah menyumbangkan sebahagian besar wang tunai untuk membina surau ini.

Pembinaan surau telah bermula sekitar bulan Mei 2014 yang lalu dan telah digunakan untuk berjemaah semasa ketibaan bulan Ramadhan 1435H yang lalu. Pada masa kini, kerja-kerja sampingan seperti menyiapkan menara sedang giat dijalankan dan seterusnya proses menurap jalan masuk akan dilaksanakan dalam masa terdekat .


Semoga dengan adanya surau ini ,semua aktiviti yang melibatkan umat Islam di taman dapat berjalan dengan lebih tersusun dan terancang.Marilah kita bersama-sama mengimarahkan rumah ibadat ini.
                 
Terima kasih sekali lagi kepada semua penyumbang dan semoga mendapat pahala yang berpanjangan daripada Allah swt di atas sifat dermawan dan didoakan agar dilimpahi rezeki yang berlipat kali ganda serta dipanjangkan umur.Aamiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Maulidur Rasul BBT 1439H