Pengenalan

Taman Bandar Baru Tangkak terletak  di daerah Tangkak, Johor.Sejarah awal taman ini bermula  pada tahun 2000 di mana ianya dikenali dengan nama Taman Puteri Ledang.Pada ketika itu projek pembangunan  dimajukan oleh syarikat Empower Zone. Pada tahun 2002, pemaju Abad Jadi telah mengambil alih projek taman ini dan dikenali dengan nama Century Hill.Oleh kerana terdapat kekangan pembangunan,projek ini diteruskan pula oleh syarikat pemaju  Strong View Realty pada tahun 2005 sehinggalah ke hari ini.Kini nama Taman Bandar Baru Tangkak digunakan bagi memperkenalkan taman ini kepada pihak luar.Kedudukannya kira-kira 5 kilometer dari Bandar Tangkak dan berada di laluan utama ke Bandar Segamat  dan berhampiran dengan kawasan rekreasi Gunung Ledang.



Setelah beberapa tahun berlalu,bilangan rumah kediaman serta bangunan perniagaan semakin bertambah.Kemudahan asas seperti taman rekreasi, lampu jalan,kemudahan  talian telefon tetap dan internet juga telah disediakan bagi kemudahan penduduk di sini.Selain iu terdapat juga  perkhidmatan 'nursery' atau pusat jagaan kanak-kanak  serta pusat pengajian Al Quran Darul Tuba bagi kemudahan anak -anak yang beragama islam mempelajari Al-Quran.

Harapan untuk melihat taman ini berkembang dan menjadi sebuah bandar baru bakal tercapai sekiranya perancangan pembangunan yang dibuat dapat dilaksanakan secara berperingkat dan tersusun. Ini kerana kawasan yang sedia ada tidak lagi dapat menampung pertambahan  bilangan populasi penduduk di Bandar Tangkak. sebagai pilihan,kewujudan Bandar Baru Tangkak adalah alternatif terbaik bagi mengatasi masalah tersebut



2 ulasan:

  1. SEMOGA BANDAR BARU TANGKAK (BBT)TERUS SUKSES DARI SEHARI KE SEHARI....^___^

    BalasPadam
  2. kepada mereka yg akn duduk di bandar baru tangkak...jom join skali aktiviti2 yg telah dirancang oleh ktorg....

    BalasPadam

Sambutan Maulidur Rasul BBT 1439H